Perodua King

Perodua adalah kereta kedua buatan Malaysia yang mempunyai beberapa variasi model terkini seperti Perodua Axia, Myvi, Alza, Aruz dan yang paling terkini ialah Ativa. Variasi model kereta Perodua yang pelbagai dan mampu milik dari KOMPAK, SEDAN,SUV,dan MPV. Perodua adalah kereta kegemaran ramai dengan terbukti ianya adalah kenderaan yang paling banyak di jalan raya . Perodua diketahui dengan rekod bersihnya yang menjaga kebajikan setiap kenderaan yang dijual

Perodua adalah jenama yang dibina seiring dengan kepesatan teknologi dan masa. Perodua menawarkan produk yang mengikut kemahuan dan kehendak pelanggan . Kereta yang dibina untuk memenuhi impian dan citarasa penduduk Malaysia.
Kelebihan kereta Perodua
1- Mampu milik
2-Penjimatan minyak
3-Yuran penyelengaraan yang rendah
4-Ciri-ciri keselamatan yang tinggi
5-Design yang seiring peredaran zaman

Adakah gelaran King of The Road akan bertukar tangan daripada Myvi ke Ativa?
Dalam ekonomi sekarang ni, tanda harga itu sangat penting. Harga yang ditawarkan untuk model ini merupakan kelebihan pertama kereta ini. Ativa bakal muncul sebagai SUV mampu milik terbaru Perodua dengan harga serendah RM62,500 sehingga RM73,400. Bukan itu sahaja harga yang ditawarkan oleh Perodua Ativa ini jauh lebih murah dari Daihatsu Rocky dan Toyota Raze yang dijual di Jepun. Tahukah anda, Perodua Ativa dibina berasaskan Daihatsu New Global Architecture (DNGA) dan merupakan teknologi terbaru dan termaju oleh Daihatsu Architecture.Ciri-ciri keselamatan yang dilengkapi pada Ativa membuatkan kereta ini menjadi buruan. Selain hadir dengan ASA bagi semua varian, ketiga-tiga varian turut bakal menerima sistem Perodua Smart-Drive Assist seperti Lane Departure Warning, Lane Departure Prevention. Bagi varian AV, ia hadir dengan Adaptive Cruise Control, Lane Keep Control, Blind Spot Monitor serta Rear Cross Traffic Alert. Ianya merupakan sistem keselamatan termaju yang ada pada Perodua buat masa ini! Dengan sistem seperti ini, kereta anda ibarat boleh dipandu dengan sendirinya. Mana nak dapat kereta baharu dengan ciri kawalan pelayaran adaptif dengan harga seperti Ativa? Memang tiada!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart